Monday, June 29, 2009

Jutaaan Terima Kasih

Bismillah walhamdulillah...

Segala puja-puji untuk Allah Pemilik Alam Raya dan selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w. pengakhir segala nabi..

Sudah lama blog ini tak dikemaskini..mohon maaf atas segala kelewatan. Biasalah, apabila pemilik blog ada dua orang, main tarik tali pula jadinya. Suami atau isteri yang kena publish post seterusnya? Melihatkan suami yang begitu sibuk kebelakangan ini dengan tanggungjawab yang lebih besar (tolong abah buat rumah, kerja di kebun, hadiri mesyuarat..), hati saya sebagai isteri tergerak untuk memulakan bicara di sini setelah memperoleh isyarat lampu hijau daripada suami.

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya, majlis kenduri kesyukuran kami berjalan dengan tenang seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para tetamu yang sudi menghadirkan diri..ada yang datang berkereta dari KL, ada juga yang sanggup berlama-lamaan dalam bas dari Johor dan Kedah, tak ketinggalan juga yang datang di tengah-tengah malam kerana ingin memenuhi jemputan. Waduh, terharu kami dibuatnya! Terima kasih, kehadiran kalian benar-benar memeriahkan suasana!

Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. Kalau nak tengok lebih banyak lagi, bolehlah melawat kami di Facebook atau Friendster.

Sekadar perkongsian.. Saya dan suami telah pun menerima surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan pegawai farmasi gred U41. Sekarang, sambil membuat persiapan untuk melangkah ke alam kerja, kami sedang menanti surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi arahan penempatan serta tarikh melaporkan diri bertugas sedikit masa lagi. Harap-harapnya, dapatlah berkhidmat di Kelantan.

Monday, June 1, 2009

Persiapan Untuk Kenduri

Bismillah walhamdulillah...

Sekarang ini, kami tengah sibuk membuat persiapan untuk kenduri. Maklumlah, tinggal lagi beberapa hari kenduri bakal dilangsungkan. Untung nikah awal, banyak perkara boleh dibuat bersama-sama.. selain hati sejahtera, pahala diperolehi jika niat ikhlas kerana DIA serta mengikut syariatNya.

Insya Allah, majlis kesyukuran akan diadakan secara sederhana. Yang paling penting, hasrat utama tercapai: menghebahkan pernikahan & meraikan saudara-mara serta teman-teman sempena perkahwinan yang telah selamat dilangsungkan.

Jangan lupa datang ye!

  • Jumaat, 5 Jun 2009, di rumah Asiyah
  • Sabtu, 6 Jun 2009, di rumah Azreen

Kalau ada apa-apa masalah, sila hubungi kami.

Tentang tarikh kenduri, banyak juga bertembung dengan tarikh-tarikh penting yang lain. Ribuan kemaafan kami pinta seandainya ia mengundang masalah kepada pihak jemputan dalam mengatur jadual. Apa pun, utamakan yang lebih utama..

First Thing First!
You know better than us..

Jumpa di kenduri nanti, insya Allah!

Friday, May 22, 2009

Akad Nikah, 15 Mei 2009

Alhamdulillaahi robbil 'aalamiin..hari ini genap seminggu kami selamat diijabkabulkan. Syukur, ya Allah, atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami hambaMu yang dhoif ini. Jauhkanlah kami dari segala kekufuran sama ada dalam keadaan kami sedar ataupun tidak. Semoga anugerah rumahtangga yang Engkau berikan ini mampu mentarbiah kami ke arah menggapai keredhaanMu..ameen ya robbal 'aalamiin!

Mendengar khutbah nikah di rumah pengantin perempuan:

"Saya terima nikahnya..":

"Alhamdulillaah!":Kini bergelar isteri:

Menandatangani borang nikah:
Dinar emas Kelantan sebagai mahar:
Seutas rantai tangan pemberian suami:
Sebentuk cincin pemberian isteri:
"Aku milikmu":
Alhamdulillah, dah dapat pengesahan halal:
Serba putih:
Bersama Dik Am & Lokman:
Bersama dua orang ibu (Ummi & Mek) serta keluarga sebelah isteri:

Tuesday, May 5, 2009

Assalamualaikum wrt wbt..

Selamat datang ke permatamustofain.blogspot.com!

Buat pengetahuan para pengunjung, blog khas ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah untuk kami menjemput sahabat handai, guru-guru serta saudara mara ke walimah kami yang akan berlangsung pada bulan Jun akan datang.

Pelbagai respon telah kami terima tatkala kad jemputan dihulurkan. Rata-ratanya agak terkejut dengan berita baik yang disampaikan ini. Ada juga yang kelegaan kerana telahan mereka sebelum ini tepat..insya Allah.

"Wow, there's an element of surprise here, really!", seorang pensyarah menjerit sambil membulatkan mata.

"Tahniah! Eh, bila masa korang bercinta ye? Tak nampak pun..", kata seorang pensyarah yang lain.

"Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan! Semoga terus thabat dalam perjuangan!", ucap sahabat-sahabat seperjuangan.

"Dari dulu lagi saya memang dah agak dah awak dengan dia", respon seorang rakan sambil tersenyum.

"Macam mana korang boleh keep it secret ye? Tak tunjuk hint langsung walaupun sekelas!", teman-teman sekelas bertanya kehairanan.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Benar, urusan jodoh itu di tangan Tuhan. Namun, kita sebagai hamba juga perlu berperanan untuk berusaha mencarinya. Dalam pencarian ini, redha ibu bapa itulah yang harus diutamakan. Adab dan akhlaq Islamiyyah sepanjang perkenalan jangan diabaikan. Doakan agar kembara jodoh kami ini berakhir dengan redhaNya di syurga..ameen ya rabb!

  • 9 Disember 2008: Tali pertunangan selamat disimpul bersaksikan kedua-dua keluarga
  • 15 Mei 2009: Dua hati bakal disatukan melalui ijab qabul yang akan dilafazkan
  • 5 Jun 2009: Majlis kesyukuran sempena perkahwinan (di rumah pengantin perempuan)
  • 6 Jun 2009: Majlis kesyukuran sempena perkahwinan (di rumah pengantin lelaki)

Peta Lokasi

Ke rumah pengantin perempuan (Jumaat, 5 Jun 2009):

Ke rumah pengantin lelaki (Sabtu, 6 Jun 2009):

Isi kandungan perutusan raja sehari:
Inilah rupa sebenar kad jemputan ke walimah kami :)