Salam Ramadhan kepada semua, semoga sentiasa tenang dalam beribadah kepadaNya di bulan yang mulia ini. Hari ini sudah masuk hari yang ke-17 umat Islam berpuasa. Hari ini juga ialah hari Nuzul Quran yang juga merupakan hari cuti umum bagi negeri Kelantan. Nikmat cuti yang kita perolehi ini, gunakanlah dengan sebaik-baiknya untuk lebih mendekatkan diri kepada Rabbul 'Izzati. Al-Quran kita bagaimana? Sudah khatamkah? Sudah ditabbur & difahamikah setiap isi kandungannya? Sudah diamalkankah segala suruhan yang terkandung di dalamnya? Bagaimana pula dengan larangan-larangan yang ada, sudah dijauhikah? Tepuk dada, tanyalah iman. Moga-moga iman kita ini adalah iman yang sentiasa menaik menggapai redhaNya..ameen ya rabb!
Alhamdulillah, Ramadhan 1430H tersangat bererti buat diri kami. Rezeki untuk kami datang mencurah-curah dalam bulan barokah ini.
Pertamanya, rayuan penempatan semula suami diberi respon yang positif. Si suami bakal bertugas di Jabatan Farmasi HUSM, Kubang Kerian dalam masa yang terdekat. Si isteri pula akan terus berkhidmat di Jabatan Farmasi HRPZ2, Kota Bharu untuk tempoh setahun ini. Indeed, that's a great relief for us! Alhamdulillah..Allah memakbulkan doa kami dan doa kamu semua. Harap-harapnya, dengan beradanya kami di negeri kelahiran kami ini, kami dapat memberikan sumbangan yang lebih banyak untuk agama, keluarga dan masyarakat..ikhlas lillahi ta'ala.
Kedua, kehadiran orang ketiga yang dinanti-nantikan dalam hidup kami berdua. Itulah dia zuriat kami, tali pengikat kasih antara kami. Alhamdulillah, keputusan positif menjelma pada alat urine pregnancy test. Ternyata, human chorionic gonadotropin hormone telah terhasil! Si isteri kini sedang hamil. Perasaan kami bercampur-baur di awalnya, gembira dan risau mula menjengah. Terkadang, seakan-akan tidak percaya dengan berita ini. Meskipun alat itu selalunya memberikan keputusan yang tepat.
Bagi mengesahkan letak duduk perkara ini, lebih kurang 3 minggu selepas itu, kami ke sebuah klinik swasta untuk melakukan imbasan ultrasound. Tak mungkin imbasan itu akan menipu.
"Kalau ikutkan pengiraan yang saya buat di komputer ni, usia kandungan sekarang ni adalah 8 minggu & kelahiran dijangka pada 11 April 2010. Masih nak buat ultrasoundkah? Selalunya kita buat ultrasound bila kandungan mencecah usia 3, 4 bulan. Tapi, kalau nak buat juga, tak apa, kita boleh buat", doktor bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Buatlah, doktor. Kami nak tengok sendiri..biar puas hati", itu jawapan kami.
Sebaik sahaja melihat imej Gestational sac dan fetus yang berada di dalam rahim si isteri, perasaan teruja meliputi diri. Ya, itu dia zuriat kami yang dikurniakan Allah dan kami bakal bergelar ibu dan bapa! Alhamdulillah..
Maka, di saat itu, proses adaptasi pun bermula dan simpulan cinta kami bertambah erat. Allahu akbar!

No comments:
Post a Comment