LIFE IS A LEARNING PROCESS..
Hidup ini adalah satu proses pembelajaran..
Setiap hari, pasti ada sahaja perkara baru yang kita pelajari. Sama ada pelajaran itu berbentuk formal atau tidak, isu itu tidaklah begitu penting. Asalkan kita mengamalkan apa yang kita pelajari serta mengambil iktibar daripada setiap pengajaran, itu sudah memadai untuk kita menjalani penghidupan yang lebih baik di hari muka.
Misalnya, sewaktu kita bekerja, kita terdengar suara bising bos kita yang sedari tadi asyik memarahi para pekerjanya. Itu tak kena, ini tak kena. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikomen. Ya, mungkin pekerja yang dimarahi itu telah melakukan kesilapan sama ada dengan sengaja atau tidak. Namun, telinga kita yang mendengar tempikan si bos pasti akan berasa geram kerana pada pandangan kita, tindakan bos itu tidak begitu rasional, malah penuh dengan emosi serta mengaibkan insan yang dimarahinya. Jadi, pengajaran yang mungkin patut kita ambil ialah:
- sekiranya kita menjadi bos, kita tidak akan berkelakuan sedemikian terhadap anak buah kita kerana hanya apabila kita menghormati orang lain, orang lain akan menghormati kita
- tindakan emosional yang datangnya dari hati kita sebenarnya akan mengguris emosi insan lain
- ingat pesan Nabi kita: "La taghdhob, La taghdhob, La taghdhob!" yang bermaksud, jangan kamu marah, jangan kamu marah, jangan kamu marah.. Justeru, kawallah kemarahan kita. Dengan itu kita akan menjadi manusia yang KUAT
"Baby dah pandai senyum?"
"Dah.. Dah pandai nak berborak dengan kita pun"
"Apabila dia menangis, adakah dia akan senyap apabila dibawa berjalan-jalan di halaman rumah?"
"Ya, begitulah"
"Kaki dan tangannya banyak bergerak tak?"
"Banyak! Kalau dia tak tidur, kaki dan tangannya tak berhenti bergerak"
"Kalau ada barang terhempas ke lantai dengan bunyi yang kuat, adakah dia akan terus berpaling ke arah bunyi tersebut?"
"Ha'a"
"Sudah adakah tanda-tanda bayi akan meniarap?"
"Ada.. sekarang ini, dia banyak mengiringkan badan ke arah kiri"
"Ada tak bayi memasukkan ibu jari tangannya ke dalam mulut?"
"Ada, bukat setakat ibu jari, nurse..dia masukkan segenggam tangannya ke dalam mulut!"
Sesi soal-jawab di atas sebenarnya berlaku ketika puteri kami dibawa ke klinik desa untuk pemeriksaan bulanan & vaksinasi pada minggu lepas. Alhamdulillah, setakat ini Awatif masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya dan dikurniakan Allah kesihatan yang sangat baik. Beratnya pada minggu lepas ialah 5.3kg. Kini, Awatif sudah pun mula belajar meniarap meskipun asyik terkial-kial untuk mengeluarkan tangan kirinya yang selalu tertindih di bawah badan. Seronok betul melihat perkembangan yang terbaru ini!
Go, go..dear! Never give up!
Well, life is a learning process, right!
shifaa likes this!
ReplyDeletebile kite kene marah, we know how it feels....so later bile kite jadi bos,maybe kite akan ade care kite sendiri mcm mane nak deal dgn staff...
congratulations for nidaaul awatif!