Segala puja-puji untuk Allah Pemilik Alam Raya dan selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w. pengakhir segala nabi..
Sudah lama blog ini tak dikemaskini..mohon maaf atas segala kelewatan. Biasalah, apabila pemilik blog ada dua orang, main tarik tali pula jadinya. Suami atau isteri yang kena publish post seterusnya? Melihatkan suami yang begitu sibuk kebelakangan ini dengan tanggungjawab yang lebih besar (tolong abah buat rumah, kerja di kebun, hadiri mesyuarat..), hati saya sebagai isteri tergerak untuk memulakan bicara di sini setelah memperoleh isyarat lampu hijau daripada suami.
Syukur alhamdulillah, dengan izinNya, majlis kenduri kesyukuran kami berjalan dengan tenang seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para tetamu yang sudi menghadirkan diri..ada yang datang berkereta dari KL, ada juga yang sanggup berlama-lamaan dalam bas dari Johor dan Kedah, tak ketinggalan juga yang datang di tengah-tengah malam kerana ingin memenuhi jemputan. Waduh, terharu kami dibuatnya! Terima kasih, kehadiran kalian benar-benar memeriahkan suasana!
Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. Kalau nak tengok lebih banyak lagi, bolehlah melawat kami di Facebook atau Friendster.
Sekadar perkongsian.. Saya dan suami telah pun menerima surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan pegawai farmasi gred U41. Sekarang, sambil membuat persiapan untuk melangkah ke alam kerja, kami sedang menanti surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi arahan penempatan serta tarikh melaporkan diri bertugas sedikit masa lagi. Harap-harapnya, dapatlah berkhidmat di Kelantan.