Monday, June 29, 2009

Jutaaan Terima Kasih

Bismillah walhamdulillah...

Segala puja-puji untuk Allah Pemilik Alam Raya dan selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w. pengakhir segala nabi..

Sudah lama blog ini tak dikemaskini..mohon maaf atas segala kelewatan. Biasalah, apabila pemilik blog ada dua orang, main tarik tali pula jadinya. Suami atau isteri yang kena publish post seterusnya? Melihatkan suami yang begitu sibuk kebelakangan ini dengan tanggungjawab yang lebih besar (tolong abah buat rumah, kerja di kebun, hadiri mesyuarat..), hati saya sebagai isteri tergerak untuk memulakan bicara di sini setelah memperoleh isyarat lampu hijau daripada suami.

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya, majlis kenduri kesyukuran kami berjalan dengan tenang seperti yang dirancang. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para tetamu yang sudi menghadirkan diri..ada yang datang berkereta dari KL, ada juga yang sanggup berlama-lamaan dalam bas dari Johor dan Kedah, tak ketinggalan juga yang datang di tengah-tengah malam kerana ingin memenuhi jemputan. Waduh, terharu kami dibuatnya! Terima kasih, kehadiran kalian benar-benar memeriahkan suasana!

Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan. Kalau nak tengok lebih banyak lagi, bolehlah melawat kami di Facebook atau Friendster.

Sekadar perkongsian.. Saya dan suami telah pun menerima surat tawaran pelantikan tetap ke jawatan pegawai farmasi gred U41. Sekarang, sambil membuat persiapan untuk melangkah ke alam kerja, kami sedang menanti surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengandungi arahan penempatan serta tarikh melaporkan diri bertugas sedikit masa lagi. Harap-harapnya, dapatlah berkhidmat di Kelantan.

Monday, June 1, 2009

Persiapan Untuk Kenduri

Bismillah walhamdulillah...

Sekarang ini, kami tengah sibuk membuat persiapan untuk kenduri. Maklumlah, tinggal lagi beberapa hari kenduri bakal dilangsungkan. Untung nikah awal, banyak perkara boleh dibuat bersama-sama.. selain hati sejahtera, pahala diperolehi jika niat ikhlas kerana DIA serta mengikut syariatNya.

Insya Allah, majlis kesyukuran akan diadakan secara sederhana. Yang paling penting, hasrat utama tercapai: menghebahkan pernikahan & meraikan saudara-mara serta teman-teman sempena perkahwinan yang telah selamat dilangsungkan.

Jangan lupa datang ye!

  • Jumaat, 5 Jun 2009, di rumah Asiyah
  • Sabtu, 6 Jun 2009, di rumah Azreen

Kalau ada apa-apa masalah, sila hubungi kami.

Tentang tarikh kenduri, banyak juga bertembung dengan tarikh-tarikh penting yang lain. Ribuan kemaafan kami pinta seandainya ia mengundang masalah kepada pihak jemputan dalam mengatur jadual. Apa pun, utamakan yang lebih utama..

First Thing First!
You know better than us..

Jumpa di kenduri nanti, insya Allah!