Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Menghambat...Bangkitlah Wahai Jiwa!!

Bismillah walhamdulillah..


Syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi kerana dipertemukan lagi kami dengan Ramadhan. Semestinya Ramadhan kali ini amat berbeza buat kami suami isteri, berbeza dengan siri-siri Ramadhan sebelumnya; Ramadhan kali ini sudah berteman, baik untuk bersahur, berbuka, pergi masjid, bertadarus Al-Quran & ibadah-ibadah yang lain. Pertama kali juga kami melalui tarbiyyah Ramadhan bukan sebagai pelajar @ mahasiswa. Nyata amat berbeza sekali apa yang kami lalui, jika dahulu segala-galanya diatur dan diprogramkan; ifthor jama’ie, I’tikaf dan qiam, jadual imam dan tazkirah, tadarus dan majlis khatam..ahh semuanya kemas teratur, dengan kemeriahannya yang tersendiri. Sememangnya bukankah kenangan itu merupakan nikmat anugerah Allah..Ya Allah, kami amat merindui saat-saat manis sebegini.


Sekarang tampak segalanya kami perlu programkan sendiri..ya kami berdua! Sebelum Ramadhan terasa “alah senang je ni..lagi mudah nak manage bila berdua”, tanpa kami sedari apa yang kami lalui sekarang adalah dunia yang berbeza, dunia yang bukan kita sama-sama rancang dan kemudian meluluskan atucara tarbiyyah Ramadhan untuk diri kita sendiri. Kamu sebenarnya mesti sentiasa berada di hadapan masa yang kamu ada. Jadikanlah setiap ruang yang ada dan setiap kerja yang dilakukan sebagai amal soleh yang mempunyai nilai taqwa dan taqarrub kepada Allah SWT. Tertarik dengan madah pujangga daripada Almarhum Ust Asri Ibrahim (semoga Allah merahmatinya di sana):


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Fasa 1 ramadhan hampir melabuhkan tirainya, dengan penuh keramahmatan Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya…adakah kami mendapat kurnia itu? Bagaimana pula persiapan kami untuk Fasa 2 Ramadhan nanti? Apakah peningkatan yang akan dibuat, atau sekadar berpuas hati dengan indeks sekarang yang masih di bawah tahap keupayaan sebenar? Muhasabah kami, Fasa 1 sepuluh pertama Ramadhan terlalu banyak kelompangannya. Apa yang diimpikan tidak semanis apa yang dilalui..tidak perlu menuding ke arah mana-mana faktor, cukuplah kami mempersalahkan diri kami, tahap iman kami dan rasa 'ubudiyyah kami. Pelan tindakan jangkamasa pendek perlu dilaksanakan, perbetulkan segala ketempangan. Kami perlu reform..ya, KAMI BERDUA!


Inilah kerajaan kecil kami, masih berdua, dan insya Allah akan berkembang, guna manfaat untuk agama…ameen! Semoga kami ahli kerajaan kecil ini tergolong dalam 7 golongan mendapat naungan ’Arasy Allah di akhirat nanti, di hari tiada naungan selain naunganNYA.

At Last...

Bismillah Walhamdulillah...

Sudah sebulan blog ini menyepi tanpa improvasi, tiada kemaskini. Kesibukan mencengkam diri? Mudah saja untuk melepaskan diri, beribu alasan senang dicari. Apa pun, maafkan kami atas kekurangan ini.

Pernah juga terpacul dari mulut kami, “kita delete ajelah akaun blog permatamustofain ni”. Hurmmm..betul jugak, tujuan asal blog ini tercipta hanyalah sebagai wasilah untuk menjemput sahabat handai serta kenalan ke majlis kesyukuran perkahwinan kami hampir tiga bulan lepas. Segala telah selesai, maka apa lagi…delete aje la kan???

Tapi TIDAK…tidak sama sekali!!! Inilah kenangan, ini kemanisan, inilah wadah cinta kami, inilah lambang kegembiraan dan kebahagiaan kami. Kenapa perlu dihilangkan sesuatu yang indah???

Ciptalah kenangan…..

Secara rasminya kami isytiharkan blog ini sebagai blog rasmi keluarga kami, Mohd Azreen & Nur Asiyah, serta zuriat-zuriat kami yang bakal menyusul, insya Allah ;)

Blog ini sekadar perkongsian, tiada maksud untuk mewar-warkan kepada dunia kelebihan dan kekurangan keluarga ini. Kami tidak tahu, berapa ramai yang telah dan akan akses kepada blog ini, tapi besarlah harapan kami selepas kalian menatap blog ini, ada doa dan ingatan kalian yang dititipkan khas buat keluarga kami, seterusnya ada sedikit manfaat yang boleh dkongsi bersama, baik kepada anda ataupun kepada kami.

Selamat datang ke teratak permata anak dua insan yang terpilih (",)",)