Sunday, August 30, 2009

At Last...

Bismillah Walhamdulillah...

Sudah sebulan blog ini menyepi tanpa improvasi, tiada kemaskini. Kesibukan mencengkam diri? Mudah saja untuk melepaskan diri, beribu alasan senang dicari. Apa pun, maafkan kami atas kekurangan ini.

Pernah juga terpacul dari mulut kami, “kita delete ajelah akaun blog permatamustofain ni”. Hurmmm..betul jugak, tujuan asal blog ini tercipta hanyalah sebagai wasilah untuk menjemput sahabat handai serta kenalan ke majlis kesyukuran perkahwinan kami hampir tiga bulan lepas. Segala telah selesai, maka apa lagi…delete aje la kan???

Tapi TIDAK…tidak sama sekali!!! Inilah kenangan, ini kemanisan, inilah wadah cinta kami, inilah lambang kegembiraan dan kebahagiaan kami. Kenapa perlu dihilangkan sesuatu yang indah???

Ciptalah kenangan…..

Secara rasminya kami isytiharkan blog ini sebagai blog rasmi keluarga kami, Mohd Azreen & Nur Asiyah, serta zuriat-zuriat kami yang bakal menyusul, insya Allah ;)

Blog ini sekadar perkongsian, tiada maksud untuk mewar-warkan kepada dunia kelebihan dan kekurangan keluarga ini. Kami tidak tahu, berapa ramai yang telah dan akan akses kepada blog ini, tapi besarlah harapan kami selepas kalian menatap blog ini, ada doa dan ingatan kalian yang dititipkan khas buat keluarga kami, seterusnya ada sedikit manfaat yang boleh dkongsi bersama, baik kepada anda ataupun kepada kami.

Selamat datang ke teratak permata anak dua insan yang terpilih (",)",)

No comments:

Post a Comment