"Waaah, lamanya!!", ujarnya sambil tersenyum lebar & mata bersinar-sinar gembira.
Tak ada orang yang tak gembira kalau diberikan cuti. Cuti bermakna rehat. Cuti bermaksud boleh melakukan apa-apa sahaja yang kita inginkan tanpa perlu risau akan tugas-tugas kebiasaan.
Beruntunglah para guru & pelajar, waktu & tempoh cuti sudah pun disediakan untuk mereka. Mereka yang berada di profesyen lain biasanya perlu memohon untuk bercuti. Itu pun, belum tentu permohonan akan diluluskan. Proses timbang taranya kadangkala terlalu rumit. Kalau berjaya dapat cuti, orang putih kata memang "heaven"lah!
Nak tak nak, kita semua memang memerlukan sedikit ruang untuk "break". Kalau tak, tubuh & minda kita akan jadi terlalu letih dengan hal ehwal dunia yang tak berkesudahan.."exhausted". Ruang masa untuk berehat itu pula fleksibel & tempohnya tidak semestinya panjang. Tak mengapa jika waktu rehatnya pendek asalkan berkualiti.
Kadang-kadang, cuti rehat itu bukanlah bermaksud rehat dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Mama & baba sudah banyak kali ambil cuti rehat semata-mata nak kemaskan rumah tau. Waktu cuti itu jugalah nak berurusan dengan bank atau agensi-agensi lain. Sudahnya, anak-anak terpaksa juga dihantar ke rumah pengasuh walaupun mama & babanya bercuti. Sebab itulah sekali kami bercuti, kami akan ambil masa beberapa hari.
Contohnya: 1 hari mengemas rumah + 1 hari menyiapkan urusan luar + 1 atau 2 hari sepenuh masa bersama anak-anak!
Di bawah ini, kami kongsikan gambar-gambar percutian kami sekeluarga di Kuala Terengganu & Putera Valley Resort, Tanah Merah, Kelantan.
Ibu bapa yang lain bagaimana?
Jom, kongsi pengisian cuti kalian di sini..
Nak pergi bercuti di tempat-tempat menarik, tapi kewangan tak mengizinkan? Solusinya: MENABUNGLAH!
- Rancang percutian di awal tahun (tempat percutian & tarikh) & rangka perbelanjaan
- Sediakan satu tabung / bekas
- Tulis / tampal 'tajuk tabung'. Contoh: Tabung Legoland
- Letak tabung di tempat yang mudah dilihat oleh ahli keluarga
- Setiap orang dalam keluarga (ibu bapa & anak-anak) MESTI memasukkan duit ke dalam tabung pada setiap hari/minggu. Contoh: Ibu & bapa RM10 seminggu, anak-anak 50 sen sehari
- Kemaskini tabungan setiap bulan
- Cukupkan tabungan menggunakan duit gaji ibu & bapa :-)
SELAMAT BERCUTI!