Saturday, July 4, 2009

Berbulan Madu.. Perlukah?

Bismillah walhamdulillah..

Bertemu kembali. Terkini, kami masih lagi menunggu kehadiran surat penempatan daripada KKM. Langsung, teringat pula untuk mengemaskini update. Cerita pada kali ini tentunya tentang "bulan madu" atau lebih dikenali dengan "honeymoon". Ramai pasangan yang membincangkan topik ini sesudah bertunang, malah ramai juga yang merancangnya seawal perkenalan sebelum bertunang. Pun begitu, cerita tentang honeymoon ini tidak pernah kami berdua bualkan sejak kami mengikat tali pertunangan hinggalah kami berdua selamat mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan kami.

"Sayang, sayang sukakan pantai atau air terjun?", tanya si suami.
"Hmm, air terjun..sebabnya boleh berendam puas-puas, airnya sejuk & tak masin, tempatnya pula hijau dan redup. Tapi, sebenarnya sayang tak kisah pun pergi mana-mana asalkan kita pergi berdua. Abang?"
"Abang suka duduk di tepi pantai, tengok laut. Sambil duduk merenung laut, ada bayu bertiup ke arah kita. Nyaman".
"Abang, kita tak nak pergi honeymoon ke? Jomlah, abang. Sekarang inilah masa untuk kita jalan-jalan makan angin berdua. Dah kerja nanti mesti sibuk memanjang, belum tentu ada masa", si isteri bertanyakan suami dengan penuh harap.
"Boleh, sayang. Memang abang tengah fikirkan tentang perkara itu pun sekarang ni. Tapi, kita kena cari yang betul-betul economical lah, sayang. Emm?"
"Ha'a..betul tu, abang. Almaklumlah, guna duit yang ada dalam saving je dulu sekarang ni. Tak apa, yang penting, kita pergi sama-sama, berdua je..hehe", si isteri senyum sambil mengekek gembira.
"Jom kita pilih tempat, ye sayang"

Lalu, beberapa destinasi pelancongan kami senaraikan bersama. Kami menilai setiap destinasi berdasarkan beberapa kriteria:
1) Kos penginapan dan pengangkutan
2) Keselesaan tempat penginapan dan ketenangan tempat
3) Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh diikuti

Setelah puas brainstrorming dan mengumpulkan maklumat yang didapati melalui internet dan para kenalan, akhirnya kami bersepakat untuk belayar ke sebuah pulau di Semenanjung Malaysia. Dua buah pulau ini berjaya memasuki senarai pendek kami: Pulau Langkawi & Pulau Perhentian. Alamak, kena fikir lagi. Sekarang, Pulau Langkawi atau Pulau Perhentian? Fikir punya fikir...Pulau Perhentian bertakhta di hati. Faktor paling penting yang diambil kira ialah jarak perjalanan yang lebih dekat, kos penginapan & pengangkutan yang menjimatkan, tempat yang agak tenang & selesa serta alam semulajadi yang sangat menarik untuk diterokai..snorkelling!

Setelah ditambah tolak, kos keseluruhan yang bakal kami keluarkan untuk percutian selama 3 hari 2 malam ini ialah lebih kurang RM 600. Ok, bolehlah..kita proceed! Pulau Perhentian, kami datang!!! Eii, tak sabarnya!

Hmm, ada orang berpendapat, tak perlulah pergi honeymoon. Ummat te
ngah rosak dan sakit tenat sekarang ni, banyak kerja-kerja Islam yang memerlukan kita. Kita pula, sibuk nak bercuti berdua-duaan, berseronok-seronok. Terkelu juga kami seketika. Namun, setelah mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang begitu kami kagumi sejak dari Darul Quran (Ustaz Zamri), kami bersetuju untuk meneruskan niat kami. Kata ustaz, pergilah honeymoon. Kalau tak pergi honeymoon, tak ada nostalgia berbulan madu yang boleh dikenang bersama. Lebih-lebih lagi kalau dah beranak-pinak nanti.

Maka, dengan semangat yang berkobar-kobar, belayarlah kami berdua ke Pulau Perhentian pada 23-25 Jun yang lepas. Alhamdulillah, selamat semuanya. Best tau, honeymoon ni! Resolusi kami di Pulau Perhentian: kami akan cuba meluangkan masa sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk re-honeymoon (Eh, ada tak istilah ni? Buat-buat ada la ye..hehe).

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya!


Coral-view beach

Ikan-ikan yang cantik sedang berebutkan roti Gardenia berkulapuk
yang dicampak dari atas bot


Jom snorkelling!

Kami mahu ke jeti sana..

Inilah jetinya!

Crystal clear water at Perhentian Island in front of Mama's Chalet

Berdindingkan batuan besar, berlantaikan batu karang, berbumbungkan langit biru..kami sama-sama menghayati bacaan ma'thurat

Senja di Pulau Perhentian

Awan gelap tandanya hujan mahu turun
(sambil menantikan hidangan makan malam di Mama's Restaurant)


Sebelum meninggalkan Mama's Chalet

Kenangan terindah terukir di sini :)

Stesen janakuasa TNB

Happy to be together :)

Menuju ke Kuala Besut. Selamat tinggal Pulau Perhentian!

No comments:

Post a Comment