Sekarang ini, pergilah ke mana-mana pun (terutamanya di Kelantan), pasti mata anda akan dijamukan dengan satu pemandangan yang sama. Lambakan buah-buahan tempatan di bahu-bahu jalanraya! Sebut sahaja anda mahukan apa, semuanya boleh didapati dengan mudah. Durian? Rambutan? Manggis? Duku? Dokong? Beli, jangan tak beli..
Alhamdulillah, pada pagi Jumaat yang lepas kami berdua berpeluang menghadiri kuliah ilmu yang biasanya disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNAA) di Dataran Ilmu, Kota Bharu. Susah betul nak cari tempat parkir kereta sebab kami sampai agak lewat. Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30 pagi namun TGNAA tak muncul-muncul juga. Setelah pengerusi majlis membuat pengumuman, barulah kami tahu bahawa rupa-rupanya, hari ini ada kuliah khas sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan 2009 yang akan disampaikan oleh ADUN Demit, Us. Mohamad Mustapha, bermotokan "BERTANI SATU IBADAH".
Antara intipati kuliahnya ialah:
Kami ini pun berasal dari keturunan para petani juga. Nenek moyang serta ibu bapa selalu berkata, "tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah". Alhamdulillah, Allah mengurniakan rezeki kepada keluarga kami melalui pelbagai cara termasuklah pertanian dan perniagaan. Seronok apabila melihat pokok-pokok yang ditanam mebuahkan hasil, terubat segala keletihan apatah lagi jika hasil itu enak dimakan dan berjaya dipasarkan. Penat sekarang tak mengapa. Jangan penat di akhirat kerana dosa kita memakan makanan haram di dunia sudah!

- Firman Allah dalam surah Hud, ayat 61, maksudnya: "...Dia telah menciptakanmu dari bumi (tanah) dan menjadikanmu pemakmurnya..." >> yakni; manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasai dan memakmurkan dunia.
- Allah telah memerintahkan manusia supaya memakmurkan bumi ini. Dalam konteks pekerjaan, mengerjakan tanah adalah salah satu cara untuk memakmurkan bumi. Maka sesiapa yang melaksanakan perintahNya dengan penuh keimanan, berlandaskan syariat dan ikhlas kerana Allah ta'ala, pekerjaan yang dilakukannya itu adalah dikira suatu ibadah dan akan diganjarkan.
- Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. Bukankah para petani dan pekebun memberi manfaat kepada kita? Mereka bercucuk tanam dan hasilnya dijual kepada orang lain supaya orang lain boleh turut merasa nikmat buah-buahan tersebut.
- Mari kita tolong para petani kita dengan membeli buah-buahan yang mereka jual. kalau kita dah tak nak makan pun, belilah, kemudian sedekahkanlah kepada orang lain. Boleh kalau nak tawar-menawar dalam membeli tapi kalau dah durian berlambak dan dijual dengan harga yang sangat murah, tak perlulah nak tawar-menawar lagi. Beli ajelah! Niat nak tolong orang-orang kita juga..
Kami ini pun berasal dari keturunan para petani juga. Nenek moyang serta ibu bapa selalu berkata, "tak rugi kalau kita berbudi kepada tanah". Alhamdulillah, Allah mengurniakan rezeki kepada keluarga kami melalui pelbagai cara termasuklah pertanian dan perniagaan. Seronok apabila melihat pokok-pokok yang ditanam mebuahkan hasil, terubat segala keletihan apatah lagi jika hasil itu enak dimakan dan berjaya dipasarkan. Penat sekarang tak mengapa. Jangan penat di akhirat kerana dosa kita memakan makanan haram di dunia sudah!
No comments:
Post a Comment