Friday, March 26, 2010

Menghitung Hari

Bismillahi wal hamdulillah,

Usia bayi dalam kandungan sudah menjangkau 37 minggu..satu jangka masa yang dirasakan amat singkat. Gerakannya tatkala ia menyiku atau menendang menampakkan lagi betapa hebatnya kebesaran Al-Khaliq. Sedangkan alam jagat yang terbentang indah ini pun DIA mampu ciptakan, inikan pula menciptakan manusia yang hanya menghuni sebahagian kecil alam ini. Subhanallah!

"Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?" [Surah Az-Zariyat: Ayat 20 & 21]


Sekarang ni, kami berdua sentiasa ternanti-nanti bilakah agaknya waktu kelahiran akan berlaku. Hati sentiasa berdebar-debar kerana setelah mencapai full-term (37 minggu), bila-bila masa sahaja isteri akan bersalin. Persediaan telah pun kami buat secara sederhana. Labor bag yang diisi pakaian bayi & kelengkapan ibu baru sudah diletakkan dalam kereta suami..senang, nanti kalau ada apa-apa, capai je terus bag tu untuk dibawa ke hospital.

Kami masih dalam dilema sebenarnya untuk memilih tempat untuk bersalin. Yang mana lebih baik, hospital swasta atau hospital kerajaan? Seboleh-bolehnya, kami mahu doktor/staf perempuan yang melakukan pemeriksaan & menguruskan proses kelahiran serta bayaran yang berpatutan dengan kualiti servis yang diberikan. Setelah melakukan survey & perbandingan, 2 tempat tersenarai dalam short-list: HUSM dan KBMC. Insya Allah, final decision akan dibuat dalam sehari dua ni.

Jika para pengunjung Permata Mustofain sekalian mempunyai sebarang cadangan atau mahu berkongsi pengalaman, silalah maklumkan kepada kami dengan segera ya, mana tahu kalau-kalau boleh dijadikan panduan kepada kami dalam membuat pilihan. Doakan juga agar Allah permudahkan segala urusan kami..ameen..


4 comments:

  1. oh..ibu suda boyot ke?hehe..
    btw smoga sihat sntiasa yer tuk my along n abe yeen..
    *still thinking wat is da sweet n suit nickname for me tuk my anak buah akn panggil nti~~

    ReplyDelete
  2. Salam..
    pandangan saya, ikut kemampuan lah..
    swastamahal ribu2..
    government belas2 or puluh2 jer..

    kalo memg duit banyak bole je nak g swasta..
    tapi kalu pendapatan sederhana or kecil, eloklah gi kerajaan..

    if kite mengandung normaln bersalin pun dijangka normal, xde masalah..
    mintaklah doktor lelaki yang periksa..iAllah Allah mudahkan..

    semasa melahirkan, biasanya takde doktor pun...nurse bidan aje...kalu ada masalah baru doktor datang..

    n yang biasa ada, student lah..mintakla student perempuan..

    ok, smga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. kak mah kakmie suka bersalin di an-nisa'. semua perempuan. kalu swasta kira standart la harga sekitar 1000-2000.
    lagipun kakmah akamie takmo beranak di HUSM sb kat sana semua saing dia...hahaha.
    tp kakak2 yg lain tetap memilih HUSM.
    kakmie? jauh di sabah....hospital likas tetap menjadi pilihan....alhamdulillah puas hati dgn layanan+rawatan sana.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..min setuju dgn pendapat ummu iffah..ikut kemampuan..tidak dinafikan paling selesa mst lah kat swasta kan..tapi kak, if i not mistaken, di swasta ni, klu ada 'special' kes, akhirnya akan dihantar jugak ke government..maaf klu min tersilap..kena tanya yang lbh 'arif la..

    erm, actually, government skrg pn dah byk facility..selesa..layanan pun bagus..ini mengikut experience min b4 ni la..di labour room plak, kita tak berkongsi bilik dgn org..suami pun tidak dihalang untuk berada dcc kita semasa bersalin..

    bagi min, bersalin di mana pun xkisah..yg pntg, suami ada dcc min semasa min bersalin..sakit bersalin, tak dinafikan hanya Allah yang tahu betapa sakitnya..suami yg beri kekuatan buat min..mendengar alunan ayat alQur'an yang dibacanya sudah cukup untuk memberi ketenangan di jiwa min..dia genggam erat2 tangan min..usap kepala dan kandungan min..terasa lebih kuat diri ini utk melalui saat yang amat2 menyakitkan..anak2 min mmg lahir besar..sorang 3.9..sorang lg 4.07..

    hehe..ni bukan dah jadi cadangan..tapi jadi citer min plak..apapun, min doakan mg akak diberi kesihatan yang baik masa nak bersalin kelak..smg anak yg dilahirkan juga sihat wal 'afiat..

    ReplyDelete