Kini, genap satu bulan usia Awatif. Bermakna, sudah sebulan jugalah kami bertiga menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang lengkap = ayah/suami + ibu/isteri + anak. Semalam, kami membawa anak kami ke Klinik Desa (KD) berdekatan untuk mendapatkan suntikan imunisasi serta menjalani routine medical examination (RME). Seawal jam 7.45 pagi lagi Awatif sudah dimandikan. Setelah itu dia disusukan dan terus tertidur. Almaklumlah, dari jam 4 pagi lagi Awatif sudah berjaga: sibuk 'bertarannum' dan mengejutkan Baba, Mama & Neneknya untuk 'qiyamullail'. Fuhh, suaranya sekarang semakin nyaring! Pitching tak lari langsung..hehe..
Setibanya kami di sana, sudah ada 2 orang patients sedang menunggu giliran. Seorang jururawat masyarakat (JM) mengarahkan Mama Awatif membuat ujian air kencing dan kemudiannya mengukur tahap tekanan darah, menimbang berat badan dan mengukur kadar hemoglobin dalam darah. Alhamdulillah, semuanya normal kecuali tekanan darah yang sedikt rendah. Yang paling menggembirakan Mama ialah berat badannya sudah turun..lagi 2kg untuk menghampiri berat badan sebelum mengandung =)
Urusan si ibu sudah selesai. Kini, tiba giliran Awatif pula untuk diperiksa. Oleh kerana Awatif akan ditimbang berat badannya, JM meminta kami menanggalkan semua pakaian yang dipakai oleh si kecil ini termasuklah lampinnya untuk mendapatkan berat badan yang sebenar. Justeru, kami meletakkan Awatif di atas toto yang disediakan. Sebaik sahaja baju ditanggalkan, Awatif yang tengah lena tidur tiba-tiba menangis dan terus menangis. Tidurnya terganggu barangkali. Awatif terus mempamerkan kebolehannya dalam "musabaqah". Kemuncaknya, apabila jarum suntikan hinggap di paha kirinya. Siap boleh tarik perhatian audiens lagi, boleh jadi juara musabaqah ni! Semua orang pandang kami yang terkial-kial memujuknya..huhu.. Alhamdulillah 'ala kulli haal, tumbesaran Awatif didapati normal. Suntikan imunisasi juga telah diberikan.
Sementara Mama diperiksa tadi, Babalah yang mejaga Awatif di dalam klinik. Baba Awatif ni sangatlah macho! Semenjak kami berurusan di KD ini seawal kehamilan, tidak pernah kami terserempak dengan mana-mana suami yang menemani isterinya di dalam KD. Kalau ada pun, mereka sekadar menunggu di pondok yang disediakan di luar klinik atau di dalam kereta. Tapi, apa yang dilakukan oleh si suami merangkap Baba Awatif ini sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan moral support kepada si isteri merangkap Mama Awatif sehingga membuatkan Mama Awatif terharu dan sekaligus bangga terhadap perhatian yang diberikan. Ucap Mama kepada Baba, "Terima kasih sangat-sangat, Abang!". Baba lantas membalas, "Sama-sama, Sayang. Abang sedih sebenarnya tengok patients kat klinik tu..tak boleh ke suami diorang ni ambil off sekejap untuk temankan isteri?"
Mungkin ada isteri yang tak pernah meminta untuk ditemani oleh suaminya. Tapi kalau tidur sebantal, makan sepinggan itu pun boleh dibuat bersama-sama, maka apalah salahnya kalau suami sudi menemani, kan? Insya Allah, akan menambahkan lagi keromantikan yang ada!

seronok dengar perkembangan keluarga awatif hehe lama xjumpa ye k.ac..
ReplyDeletetp bila baca tentang suami yg tak menemani ke klinik tu...rasa tersentuh pula.. :) mungkin keadaan yang tidak mengizinkan, mungkin sang ayah bekerja gaji hari.. lantas seharian tidak mengerah tenaga bermakna periuk nasi yg bakal tidak berasap kan..? :) sesungguhnya husnuzan itu yg terbaik insyaAllah.. sedih pulak, entah mrym kalau mengandung pun bakal melalui saat2 itu sendiri.. tp Allah itu sentiasa ada dan tidak membiarkan hamba2Nya :) salam sayang dan tersangat rindu utk K.Ac..dan awatif!
Terima kasih ats komen mrym..betul apa yg mrym kata. Sebenarnya kami bukanlah mnyalahkan atau berburuk sangka terhadap mana2 suami yang tidak menemani isterinya ke klinik..ya, mungkin mereka ada masyaqqah tersendiri. Namun, masih ada segelintir suami yang sengaja tidak pernah mahu ambil peduli tentang hal-hal klinik ni dan ini tidak patut berlaku. Paling kurang, bertanya khabarlah! Kami doakan Allah sntiasa prmudahkan urusan mrym sekeluarga..ameen! =)
ReplyDelete