Tuesday, May 5, 2009

Assalamualaikum wrt wbt..

Selamat datang ke permatamustofain.blogspot.com!

Buat pengetahuan para pengunjung, blog khas ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah untuk kami menjemput sahabat handai, guru-guru serta saudara mara ke walimah kami yang akan berlangsung pada bulan Jun akan datang.

Pelbagai respon telah kami terima tatkala kad jemputan dihulurkan. Rata-ratanya agak terkejut dengan berita baik yang disampaikan ini. Ada juga yang kelegaan kerana telahan mereka sebelum ini tepat..insya Allah.

"Wow, there's an element of surprise here, really!", seorang pensyarah menjerit sambil membulatkan mata.

"Tahniah! Eh, bila masa korang bercinta ye? Tak nampak pun..", kata seorang pensyarah yang lain.

"Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan! Semoga terus thabat dalam perjuangan!", ucap sahabat-sahabat seperjuangan.

"Dari dulu lagi saya memang dah agak dah awak dengan dia", respon seorang rakan sambil tersenyum.

"Macam mana korang boleh keep it secret ye? Tak tunjuk hint langsung walaupun sekelas!", teman-teman sekelas bertanya kehairanan.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Benar, urusan jodoh itu di tangan Tuhan. Namun, kita sebagai hamba juga perlu berperanan untuk berusaha mencarinya. Dalam pencarian ini, redha ibu bapa itulah yang harus diutamakan. Adab dan akhlaq Islamiyyah sepanjang perkenalan jangan diabaikan. Doakan agar kembara jodoh kami ini berakhir dengan redhaNya di syurga..ameen ya rabb!

  • 9 Disember 2008: Tali pertunangan selamat disimpul bersaksikan kedua-dua keluarga
  • 15 Mei 2009: Dua hati bakal disatukan melalui ijab qabul yang akan dilafazkan
  • 5 Jun 2009: Majlis kesyukuran sempena perkahwinan (di rumah pengantin perempuan)
  • 6 Jun 2009: Majlis kesyukuran sempena perkahwinan (di rumah pengantin lelaki)

8 comments:

  1. Jerim, letakla shoutbox. Boleh buat havoc skit kat blog yang cantik nih.

    ReplyDelete
  2. tahniah
    suka nya hati.
    pasangan yang memukau dan mengagumkan=)

    ReplyDelete
  3. suprise...!!
    saya kot saya sorang yang kata "termakbul juga doa"...sbb ms 1st yr dtg kuantan lg...sy doakan, tp dalam hati la bila tengok abe azreen+k acy...terharu...
    alangkah indahnya bila ikatan perkahwinan di doakan oleh semua orang...
    TAHNIAH!siiuru ala barakatillah.

    ReplyDelete
  4. hik hik..
    bestnye ade org nk buat havoc..
    nk join!
    ;P

    Alhamdulillah things are going well I suppose?
    Tarikh2 pn da dekat..
    Doakn yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. Thanks to everyone...
    to samudera tinta aka kimin nuclear, walaupun byk jemputan pd 6jun, aku sero baek mu kelik klate la deh, hehehe

    ReplyDelete
  6. To Jerim,

    Berat sungguh permintaan itu. Aku ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa. Uhuk, uhuk..

    Bakpo la budak2 jemooh suko nikoh 6 Jun 2009.huhu..

    ReplyDelete
  7. selamat diijab kabul

    moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. after that, layarkan bahtera sehingga ke alam syurga.

    ALLah merahmati kalian berdua.

    Salam hormat dan selamat pengatin baru drp :
    Pemuda ARAS, Kuantan.

    ReplyDelete
  8. kak AC
    Barakallahu laka, wabaraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi kulli khair.ameen

    ReplyDelete