Saturday, January 9, 2010

2010 Kick-off

Bismillahi wal Hamdulillah


Alhamdulillah kita telah selangkah memasuki tahun Miladi 2010. Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Dia memanjangkan umur kita; yang terkadang kita tidak pernah terfikir mengapa umur kita masih dipanjangkan oleh Allah SWT. Ingatlah wahai diri, kita pasakkan dua sebab sahaja mengapa umur kita masih dipanjangkan- peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu dan sisa-sisa peluang untuk kita tambahkan pahala serta amal-amal soleh. Satu lagi, moga panjang umur kita ini ada manfaat untuk agama, kerana tiada guna sesuatu itu hidup atau wujud sekiranya langsung tidak memberi manfaat. Teringat balik apa yang diucapkan oleh seorang murabbi kami ketika menziarahinya sewaktu beliau uzur. Apabila ramai orang ucap dan doa kepadanya semoga cepat sembuh, beliau segera menjawab “Ana tak pernah berdoa minta Allah panjangkan umur ana kecuali dalam doa tersebut ana nyatakan mafhumnya ‘Ya Allah, panjangkanlah umurku selagi mana aku bermanfaat kepada Agamaku’.


Hmmm…atas tu sekadar muqaddimah kepada entry ini, ataupun Islamic input untuk topic ini (isk isk teringat balik zaman study kat UIAM dulu di mana semua subjek mesti diselitkan dengan Islamic input). Sebetulnya tiada topik khusus untuk entry ini, hanyalah pembuka bicara blog ini bagi tahun 1431 H dan 2010 M. La haula wa la quwwata illa billah…sudah lama blog ini tak terurus, sama seperti kondisi kami sejak akhir-akhir ini, huhuhu. Kadang-kadang rasa macam robot pun ada. Ish tak baik mengeluh, betulkan balik semua niat.


Banyak jugak event-event penting yang kami tak kongsi dengan tetamu sekalian. Aidilfitri, Aidiladha, Konvo etc. Maaf bebanyak ler rakan-rakan, kesilapan kami yang disengajakan tetapi tidak dapat dielakkan,huhuhu. Insya-Allah kami akan letak beberapa gambar corat-coret cerita kami sepanjang tahun 2009.


Moga 1431 H memberikan keceriaan kepada blog ini…hmmm apa azam tahun baru untuk blog ni ek? Update at least sekali seminggu…is it possible??? Hmmmmmmm (keluhan yang panjang)

1 comment: