Bismillahi walhamdulillah,
Sabtu lepas, genap 40 hari Mama berpantang. Hari tu juga kami sekeluarga bermusafir ke Klang, bagi menghadiri walimah sepupu Mama, Sofwah. Fuhh, bermusafir selama 8 jam menaiki kereta bersama 3 orang anak kecil sangatlah mencabar! Mujur nenek, pakcik-pakcik & makcik-makcik mereka ada sekali untuk melayan karenah yang tak terjangka.
Terima kasih semua kerana bersabar!
Terima kasih juga buat Ayah Ha & Mak Cik Siti serta sepupu-sepupu semua atas layanan istimewa yang diberikan! Siap carikan homestay lagi..Semoga kalian diberkati Allah selalu..
Tahniah buat Sofwah & Fariz atas baitul muslim yang dibina!
Baarakallahulakuma wa baaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khair..ameen
Sehari
sebelum bertolak dari rumah ke Klang, Mama sempat ber Fb & berwhatsapp dengan sahabat-sahabat Mama yang sudah lama tak ketemu..5
tahun kot sejak grad dari UIA Kuantan. Semangat untuk buat mini reunion
makin membuak-buak gara-gara seorang sahabat telah post sekeping gambar
di Fb beliau. Sungguh, hati ini tiba-tiba jadi rindu sangat nak jumpa
semua sahabat seperjuangan!
Kami merancang & Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah s.w.t. Akhirnya, kami bertemu jua di kediaman salah seorang sahabat di Semenyih. Perjalanan Klang-Semenyih mengambil masa lebih kurang 1 jam juga. Meskipun masing-masing keletihan, namun riak kegembiraan jelas terpancar indah di wajah setiap sahabat yang amat dirindui. Kali ini hanya 5 keluarga yang dapat menyertai pertemuan yang dirancang pada saat-saat akhir ini.
Terima kasih buat Ukhti Esfarizam sekeluarga kerana sanggup menjadi tuan rumah bagi perjumpaan kali ini. Semoga bertambah-tambah berkat hendaknya kehidupan ukhti sekeluarga!
Terasa musafir pada kali ini amat bermakna.
Musafir Ukhuwwah..alhamdulillah :-)
Moga-moga impian untuk mengumpulkan semua alumni DQ-UIA batch kami dalam masa terdekat ini termakbul..ameen!
No comments:
Post a Comment